17 October 2013

tanpa tajuk


tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. tulis je lah apa yang aku rasa.
bukan nak ungkit cerita lama tapi kau tahu bila rindu mula bertapa. aku bukan rindu dia. aku rindu memori bersama. maksud aku gelak, makan, buat benda apa apa semua sama sama. tengah malam bergayut jangan lupa. aku cuma rindu moment sweet bersama je. tentang dia, memang taklah aku nak rindu nya. 
setahun benda tu pergi. sekejap gila rasa. setahun tu jugaklah aku tak bergayut dengan sesiapa. macam bodoh je bila aku rasa sedih tak on call memalam dengan sesiapa. tapi aku tak tipu, aku rindu lah gila. 

dalam setahun ni juga aku kenal dengan macam macam ragam orang. aku jumpa yang pandai main gitar memang 100% buat aku cair hilang garang. tapi dia masih pandang belakang mengharap bekas yang dah pergi hilang. tapi dia kata aku masih yang pertama bila untuk dengar cover yang dia karang. itu buat aku senyum sekarang.

yang pandai buat aku senyum dengan benda kecil pun datang. haa pasal confession gila aku tu, dialah orang nya. kau jangan tanya kenapa aku boleh suka dia. dah kalau hampir sebulan tiap hari jumpa, tipulah kalau tak suka. confession berbalas kot, lagilah susah nak lupa. tapi main tarik tali pulak dia. kata nya ada crush lah tapi macam aku je crush dia. see aku memang perasan gila. entah sejak bila virus perasan menular dalam diri aku. ah benci!

haaa belum terlambat lagi, muncul pulak teacher wannabe. "orang selalu kenal dekat fb, kita kenal dekat IG" haa baru rare kata cikgu BI ni. hahaha sebenarnya aku tak expect dia muncul pun. tengok tengok keindahan ciptaan Ilahi tapi puji and cakap dalam hati. "siapalah yang memegang hati empunya diri" kau tahu lah kan bila orang yang ada rupa mestilah ada someone dalam hati. sampai sekarang masih tertanya kenapa lah dia nak kawan dengan diri yang kerdil ini. 

sebenarnya aku bersyukur DIA pertemukan aku dengan macam macam manusia dekat muka bumi ini. kalau aku masih dengan dia yang dulu, tak mungkin aku dapat kenal orang orang yang aku cerita tadi. hikmah dia sekarang baru aku nampak cuma aku kena nilai sendiri yang mana baik untuk diri ini. 

awak awak sekalian, terima kasih nak berkawan dengan saya yang serba kekurangan ini. jika semuanya berakhir dengan persahabatan, saya terima kerna DIA Maha tahu segalanya. doa sahaja yang mampu jawab persoalan yang selalu dalam minda saya. 



No comments:

Post a Comment