Soalnya siapa? Penat bila cakap soal hati ini. Kadang bosan jugak. Macam takde cerita lain je. Apakan daya benda tu seakan sebati dalam diri kita.
Mari sini. Aku nak tanya. Kau ni betul betul suka atau aku ni back up plan sahaja?
Kalau nak fikir pasal orang lain tak sempat lelap mata.
Kau tahu tarik tali tu macam mana?
Macamtulah kau buat aku rasa.
Sekejap macam suka, sekejap macam main main je.
Eh kejap, entah entah aku perasan sorang je.
Itu lagi kelakar lah gilaaaaa hahaha.
Yang aku ni da kenapa? Rindu rumah tahap gaban sebenarnya..
Ah persetankan saja tentang 'kita'
Eh wujud kah kita? Perasan nya aku rasa.
Sudahlah cukup seketika. Hanya aksara ini menjadi penyampai rasa.
Doa tanpa putus asa kerana Dia Maha tahu segalanya.
Aku serahkan pada Dia. Moga yang baik baik sahaja untuk kita..
Ameen..
No comments:
Post a Comment