Entry pertama di tahun 2013.
Sungguh cepat masa berlalu tanpa aku sedari.
sekarang sudah bulan Februari setelah berlalunya Januari.
diri ini masih tercari cari. bukan siapa dihati.
tetapi apa yang akan dibawa apabila sampai waktu diri mati.
Sebelum pergi lebih jauh. aku mahu kongsi cerita tentang aku. lama sudah tak jenguk blog aku. tiup sikit fuhh fuhhh. 2013 tahun yang gembira buat aku insyaAllah, jika diizinNya. semester pertama ijazah sarjana muda aku alhamdulillah berakhir dengan keputusan yang jayanya. aku gembira melihat senyuman abah dan mama tanda mereka bangga. aku tidak mahu senyuman itu hanya semester pertama sahaja. aku mahu ia sehingga aku mengenggam segulung ijazah kerana itu harapan mereka.
aku dikelilingi dengan orang orang yang tidak mahu lihat aku sedih. apatah lagi melihat aku pedih. mereka sentiasa disisi jika aku perlukan mereka. ya Allah, indahnya kurniaanMu. aku hilang orang yang pernah aku sayang selama tiga tahun tapi kau kurniakan orang orang yang masih sayangkan aku. dunia ini tidak seindah yang disangka. memang ada pasang surutnya. sedangkan negara luar ditimpa bencana apetah lagi manusia yang sederhana. aku sedar DIA yang satu sayangkan aku. oleh kerana itu DIA uji aku.
semoga tahun ini memberi aku sinar bahagia. aku bukan mengharapkan seseorang yang datang hanya membuatkan aku gembira dengan tawa tetapi aku mengharapkan seseorang yang boleh membawa aku ke Syurga. jauh lagi perjalanan kesana. aku juga masih merangkak ke arah sana. semoga kita sama sama menuju ke arah Syurga yang kekal selamanya kerana dunia hanyalah sementara.

nice girl , move on :')
ReplyDeletethanks kyra :*
ReplyDeleteSalam daripada Zalora Malaysia,
ReplyDeleteKami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.
Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)