semalam seorang kawan aku merangkap seorang sahabat bertanya. apa yang terjadi sebenarnya antara kau dan aku. tidak mudah untuk aku bercerita cerita duka aku. tetapi seakan dia mengerti perasaan aku. dia juga seorang perempuan. dia juga seorang yang menyedarkan aku tentang banyak benda. dia lebih banyak tahu tentang agama. dia tanya mengapa cerita kita begini jadinya. aku berkata dah tak sehala nak buat macam mana. "saya tahu! mungkin dia nak berubah ke arah lagi baik" begitu positif kata katanya. dan jika itu benar mengapa perpisahan yang kau minta. dan mungkin dengan cara ini, aku juga sedang mencari keredhaan dariNya. mungkin cara aku sebelum ini salah, dan aku tak mahu terus salah. yaa memang aku boleh hidup sekarang tanpa kau disisi tapi memori memori indah tetap di hati. dan setiap hari, aku cuba untuk biarkan memori itu pergi dan aku rasa aku lebih rapat dengan Maha Pencipta. dan setiap doaku, aku iringi dengan nama kau sebab aku mahu kita bersama sama berubah ke arah yang diredhaiNya.
kata kata kau masih segar dalam ingatan aku, kalau sekarang kau bertemu aku dalam keadaan kau dah bersedia, cukup duit dan sempurna segalanya, kau akan jadikan aku yang halal untuk kau. tapi siapa kita yang hanya hamba padaNya. aku terima. semoga kau terima yang lebih baik dari aku. dan aku masih berdoa untuk kita bersama lagi dengan cara yang lebih baik dan terus berdua selamanya.

No comments:
Post a Comment