Jika hari esok masih ada.
akan ku doakan semoga kau bahagia.
jangan lagi kau terluka.
cukuplah jika aku seorang sahaja yang merasa.
kenangan kita tidak mungkin aku lupa.
sedu, sedan tawa dan ria.
dulu pernah kita kongsi bersama.
kini tidak lagu aku merasa.
bukan mudah untuk aku lupa.
kerna hati ini masih ada rasa.
andai esok ada,
aku harap ia hilang selama-lamanya.
kini kau mungkin bahagia.
bahagia dengan siapa?
biarlah rahsia.
aku harap kau jumpa.
jumpa dia yang yang buat kau bahagia.
aku yang kau dulu panggil sayang.
kini sayang pun dah melayang.
biarlah diri ini kau lupa.
tiada erti untuk kau mengingatinya.
kini kata maaf mungkin tidak bermakna.
kerna kau tidak mungkin terima.
kita manusia tidak pernah alpa.
membuat salah yang tiada penghujungnya.
kisah kita sudah tamat ke penghujungnya.
aku sedih kerna bukan itu yang ku pinta.
tetapi siapa kita?
hanya mampu usaha, tawakal dan redha dari ketentuanNya.

No comments:
Post a Comment