18 July 2012

Penat sebenarnya dengan semua yang jadi sekarang. kadang-kadang hati kata cukuplah tapi esok cakap lain. aku tak tahu nak buat apa sekarang :( kau dan aku sekarang dah lain. kau sedar bukan keadaan itu? dan apa yang dah berlaku dulu sekarang takkan sama lagi. percayalah. apa yang penting, aku ingin lihat kau berjaya untuk masa depan kau. yang nyata sekarang adalah apa yang ada depan mata sayang. jangan cakap tentang benda yang belum tentu menjadi kenyataan. memang kita merancang dan aku sentiasa mengharapkan  yang terbaik untuk kita. belajar dan kejar cita-cita mu sayang. mama abah mahu lihat kau berjaya. ingat itu. 

kita berjauhan untuk kebaikan. percayalah. aku sedang membiasakan diri dengan kesibukan dirimu. lantas aku bekerja demi merehatkan diriku dari terus mengingatimu setiap masa. bukan tidak mahu mendengar kata  tapi aku mahu mencuba sesuatu yang baru. aku tahu apa yang terbaik untuk aku sayang. percayalah. mungkin hari ini aku silap, aku sedar dan akan aku terus cuba untuk berubah. andai perubahan itu hanya sementara anggaplah diri ini masih lemah tetapi bukan terus dibuai kelemahan. diri ini masihh terus cuba membuang kelemahan itu. terima kasih kerana masih menghargai diri ini. tidak banyak yang aku pinta, hanya sedikit perhatian mu untuk buat aku tahu yang dirimu menyayangi aku. aku tahu aku manusia yang tak pernah  bersyukur akan kehadiranmu. aku sentiasa mahukan yang lebih. ahh bencinya tapi itu kelemahan diriku. 

andai suatu hari hati awak berubah, jangan lupa jadikan saya orang pertama yang tahu tentang itu kerana diri ini akan bersyukur awak telah dikurniakan seseorang yang lebih baik dari saya. terima kasih sekali lagi kerana masih memberi peluang kali keberapa kali sayang. 

No comments:

Post a Comment