25 July 2012

manusia .





Berkecamuk perasaan sekarang ni. banyak sangat benda berlaku. masalah orang talam dua muka. masalah orang mengumpat masa puasa. masalah perasaan. tak sah kalau takde masalah hidup ini. manusia memang manusia. tak boleh tengok orang senang sikit, mulalah sakit hati, benci. manusia kalau dah tak suka, buat baik pun dah tak nampak dah. manusia kalau dah tersalah cakap, tertinggi suara, memang tak boleh lupa lah, memang akan terasa. itulah hakikatnya. 


dunia ini sangat indah akan tetapi musnah dek kebencian manusia. persahabatan yang terbina bukan hanya mahu sementara. tapi apakan daya, kerana mulut badan binasa. 


memang kau ada masa aku perlukan kau. aku mahu kau dengar apa yang aku rasa. aku bukan mahu mendengar kau meninggi suara. itu sudah buat aku cukup terasa.


seseorang berkata pada aku, kalau dah ada seseorang macam mana boleh suka pada orang lain. kalau macamtu pilih orang yang lain itu. ini kerana, kalau dah cukup ada seseorang tuh, bagaimana boleh suka orang lain itu? ahhh perasaan perasaan!


aku tak tahu aku merepek apa malam ni, tapi ini apa yang aku rasa sekarang. maaf tapi terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment