04 July 2012

Jam menunjukkan 12 tengah malam. di kala ini ada yang sudah lena, sedang bekerja dan ada yang ber-twitter. itulah manusia. tidak semua sama. dan itulah hakikatnya manusia. rambut sama hitam hati lain-lain.
jika semalam hati ini sedih. air mata jernih mengalir tiada siapa yang tahu. perubahan yang ada pada aku hanya aku saja yang tahu. perubahan ini bukan tanpa sebab. tapi sebabnya banyak.
hati ini sudah penat, lali dengan semua yang aku lalui. andai dia boleh berkata-kata, pasti dia ucap cukuplah tuan punya hati. kau banyak menangis. tak sedarkah?
permintaanku sudah ditunaikan. tapi aku masih berasa kosong. benarkah apa yang aku lakukan? aku tahu memang tak semudah itu untuk aku lalui tapi itulah kebenarannya. perhatian yang aku inginkan bukan seperti yang aku dapat. bersyukur saja yang aku mampu. daripada tiada usaha langsung untuk berhubung kan? terima kasih kerana usaha itu. walaupun diri ini kadang kala tak menghargai dirimu tapi sedarlah diri ini sentiasa mengingatimu. 


warkah hari itu aku benar benar maksudkan. aku harap kau sedar akan kehadiranku dalam hidupmu. 

No comments:

Post a Comment